Program Pemutihan Pekerja Asing (PATI).

Kami menyediakan perkhidmatan untuk memohon dan membaharui permit pekerja asing.

Untuk majikan yang sedang menggunakan pekerja asing tanpa permit yang sah , boleh lah memohon untuk mendapatkan permit sah untuk pekerja anda melalui program pemutihan (6p).

Antara sektor-sektor yang ditawarkan ialah sektor perkhidmatan, perkilangan, pembinaan, perladangan dan pertanian.
untuk keterangan lebih lanjut
Sila hubungi En Naek B Mohd Nor di 017-5557492
atau melalui facebook di : zaid jal
   
syarikat  MSN CONSULTING SDN.BHD telah berdaftar di medan gopeng, ipoh perak.

Pemutihan dua juta Pati bermula Julai



KOTA BAHARU: Kementerian Dalam Negeri akan memulakan program pemutihan dan pengampunan terhadap hampir dua juta pendatang asing tanpa izin di negara ini mulai 1 Julai ini.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Lee Chee Leong berkata mulai tarikh itu, semua pengambilan pekerja asing akan dibekukan bagi memastikan program pemutihan dan pengampunan warga asing tanpa izin berjalan lancar.

“Kita juga sudah senarai pendek 200 syarikat swasta yang akan terlibat menguruskan pendatang tanpa izin itu,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan sijil kewarganegaraan Malaysia kepada 14 orang yang telah memohon taraf kewarganegaraan sejak setahun lalu di sini hari ini.

Lee berkata program penyelesaian menyeluruh pendatang asing tanpa izin atau Program 6P itu dilaksana melalui pengwujudan sistem pendaftaran yang merangkumi pengambilan biometrik semua pendatang asing tanpa izin di Malaysia.

Enam pelan tindakan

Program itu meliputi enam pelan tindakan melibatkan pendatang asing tanpa izin iaitu pendaftaran, pemutihan, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran.

Lee berkata objektif pemutihan itu adalah untuk mengumpul data pendatang asing tanpa izin di negara ini termasuk berapa ramai yang bekerja dalam sektor yang dibenarkan mengambil pekerja asing dan memberi peluang kepada pendatang asing tanpa izin untuk pulang ke negara asal tanpa dikenakan tindakan tetapi terhad kepada tempoh yang dibenarkan.

Beliau berkata 200 syarikat yang berminat menjadi wakil menguruskan pendaftaran pendatang asing tanpa izin itu telah mengemukakan permohonan menggunakan borang yang boleh dimuat turun dari laman web www.moha.gov.my.

Lee berkata Kementerian Dalam Neneri menetapkan hanya syarikat yang berpengalaman dalam bidang pengurusan sumber manusia dan pekerja asing akan dipilih manakala bagi pertubuhan atau persatuan pula ia hanya membabitkan majikan serta yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.

“Kita mempunyai 1.9 juta warga asing yang sah bekerja di negara ini. Berdasarkan maklumat, pendatang asing tanpa izin juga berjumlah dua juta,” katanya.